Wednesday, June 11, 2008

Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda,"Umatku sentiasa baik selama tidak menjual amanat dan menggadaikan kejujuran."
Apa yang berlaku kepada kita sekarang di Malaysia ini adalah akibat daripada sikap pemimpin yang tak amanah dan selalu berbohong kepada rakyat. Mereka terlalu tamak dan mementingkan diri sendiri hingga tak kenal batas halal dan haram. Hilang rasa rendah diri dan qanaah(cukup apa yang ada). Timbul rasa ujub dan takbur kerana mereka memiliki kuasa dan wang yang terlalu banyak. Kesombongan mereka membawa padah yang lebih buruk apabila mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan ianya menggembira dan menyenangkan hati mereka .Halal atau tidak, pahala atau dosa tidak menjadi soal lagi. Yang penting ialah diri mereka.
Bagaimana dengan rakyat? Terutama yang berpendapatan rendah . Dah lah gaji rendah, anak ramai pulak.... . Dengan harga minyak yang melambung tinggi, sudah pasti ramai yang kekurangan duit perbelajaan. Apabila duit tak cukup, makan pun terpaksa dicatu kerana duit perlu dijimat untuk membayar harga pengangkutan, bil eletrik, bil air, bil telefon dll. Apabila duit tak cukup belanja sekolah anak juga mesti dikurangkan. Makanlah apa-apa yang murah. Mungkin berlaku penyakit seperti cirit-birit dsbnya kerana kurang zat dan vitamin. Apatah lagi terdapat pengusaha kantin yang juga cuba berjimat dengan menggunakan bahan-bahan yang kurang baik untuk sajian makanan di kantin-kantin . Apabila duit tak cukup, ramailah yang sakit kerana tak cukup duit hendak membeli ubat. Apabila duit tak cukup, ramailah yang akan masuk ke hospital kerajaan, jadi bersesak-sesaklah di wad-wad hospital. Katil hospital mungkin tidak mencukupi hingga terpaksa diletakkan tilam di bawah untuk pesakit-pesakit yang datang kemudian.
Apabila duit tak cukup, ramailah yang nekad untuk mencuri , meragut dan merompak. Bertambah banyaklah kes-kes jenayah yang boleh mengakibatkan maut. Keadaan akan bertambah huru-hara dan yang menjadi mangsa adalah rakyat.
Apa nak jadi pada negara kita? Apa akan terjadi pada generasi kita? Yang miskin akan bertambah miskin dan yang kaya akan bertambah kaya. KITA MESTI DAN BOLEH MENGUBAH KEADAAN INI. KITA PUNYAI KUASA UNTUK MENGUBAH, DENGAN IZIN ALLAH.

No comments: