Tuesday, June 17, 2008

Amalan Ketika Mengandung

Amalan Isteri Ketika Mengandung

Allah berfirman, maksudnya: "Dialah Allah yang menciptakan kamu semua daripada (hakikat) diri yang satu, dan ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya ( diri suami isteri) , untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya , mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan serta terus lah dia dengan keadaan itu ( sesuatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat ( dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka ( dengan berkata) : "Sesungguhnya jika engkau ( wahai Tuhan kami ) mengurniakan kami ni'mat yang baik , tentulah kami menjadi daripada orang yang bersyukur."
  • Menjaga kandungan adalah amanah dirpada Allah SWT.
  • Bersyukur dengan ni'mat yang dikurniakanNya
  • Bersabar dengan dugaan yang diberikanNya.
  • Berdoalah untuk mendapat kesejahteraan dan kesihatan diri dan anak yang dikandung.
  • Memperbanyakkan membaca Al Quran
  • Mengelakkan diri daripada melakukan dosa
  • Mengahadiri majlis ilmu
  • Makan makanan yang berkhasiat.
  • Melakukan senaman yang bersesuaian
  • Membuat pemeriksaan mengikut jadual.
Amalan Suami Ketika Isteri Mengandung
  • Suami perbanyakkan taubat kepada Allah SWT
  • Memperbanyakkan m,embaca Al Quran
  • Digalakkan berpuasa sunat
  • Mempergiatkan sembahyang berjemaah
  • Menghindarkan diri daripada tempat yang dilarang oleh syara'.
  • Rajin menghadiri majlis ilmu
  • Dilarang makan benda-benda yang haram
  • Memperbanyakkan doa untuk keselamatan isteri yang mengandung dan anak yang dikandung
  • Menunujukkan rasa kasih sayang kepada isteri, banyak bersabar dan bertimbang rasa.
bersambung...............

(petikan dari buku Ibadat itu Mudah)

Monday, June 16, 2008

ISTERI PENENANG JIWA

Rasullullah SAW bersabda: "Aku melihat isi neraka kebanyakan penghuninya adalah perempuan." Kami bertanya," Mengapa wahai Rasullullah?"Baginda berkata,"Mereka banyak bersumpah dan meremehkan suami yang miskin." Dari riwayat lain: "Aku melihat syurga, ternyata sedikit sekali perempuan." Aku bertanya,"Di manakah perempuan?" Baginda berkata: "Mereka sibuk dengan arak, emas dan za'farah(perfume)"

Sememangnya kewajipan isteri amat banyak. Yang paling penting dia menjaga auratnya. Kemudian jangan dia meminta sesuatu di luar kemampuan suaminya. Isteri juga berperanan mendorong suaminya melakukan pekerjaan yang halal. Kewajipan isteri juga termasuk tidak membazir harta suaminya malahan mesti menjaganya dengan baik.

Asma' binti Kharijah al Farazi berkata kepada anaknya," Kamu telah keluar dari sangkar dimana kamu tinggal. Kini kamu hendak pergi kepada selimut yang kamu tidak mengenalinya serta teman yang kamu belum biasa. Maka hendaklah kamu menjadi tanahnya, tentunya dia akan menjadi langitmu. Hendaklah kamu menjadi atapnya, dia akan menjadi tiangmu. Hendaklah kamu menjadi umatnya,maka dia akan menjadi 'abdmu. Jangam kamu merenungnya sehingga dia melepasmu. Jangan kamu menjauhinya sehingga dia melupakannya. Jika dia mendekatimu,dekatlah kepadanya. Jika dia sedang menjauhimu, jauhila dia. Jagalah hidungnya, telinganya, dan kedua matanya.Jangan sampai dia mencium darimu melainkan yang baik. jangan sampai dia mendengar melainkan yang elok. Dan jangan sampai dia melaihat melainkan yang indah."

dipetik dari buku Penenang Jiwa oleh Imam Al Ghazali

Saturday, June 14, 2008

Panjang Angan-angan......$$$$$$$$$$$$$$$

Sabda Rasulullah SAW,"Dua hal yang paling aku cemaskan atas engkau; panjang angan-angan dan mengikut hawa nafsu. Sesungguhnya panjang angan-angan itu dapat melupakan Akhirat, sedangkan mengikut hawa nafsu dapat menjauhkan diri dari kebenaran. Aku menjamin tiga orang dengan tiga hal; orang yang gila dunia, orang yang rakus mengumpulkannya dan orang yang kikir harta benda; dengan kefakiran yang tidak akan kaya sudahnya, kesibukan yang tidak ada sudahnya dan kesulitan yang tidak pernah ada jalan keluarnya."

Dalam keadaan kita yang agak gawat sekarang ini, ramailah yang mengeluh dan bersedih. Namun apakah dengan mengeluh dan bersedih saja kita dapat menyelesaikannya masalah . Duit mempengaruhi hampir semua aspek kehidupan kita. Itu suatu yang tidak boleh kita nafikan. Tetapi kita mesti ingat sebagai seorang yang beriman kepada Allah, kita wajib percaya bahawa segala yang berlaku adalah dengan keizinanNya. Tidak ada sesuatu yang berlaku tanpa pengetahuanNya. Tidak akan turun setitik hujan melainkan dengan izinNya. Tidak ada satu kejadian di alam ini tanpa ada sebabnya. Jadi segala-gala yang terjadi kepada kita adalah dengan kehendakNya dan ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian itu. Hanya kita manusia sahaja yang lalai dan leka dengan ni'mat Allah yang melimpah ruah.

Semasa senang kita lupa diri. Kita tidak bersyukur. Syukur yang kita ucapkan hanyalah di bibir sahaja tetapi tidak dizahirkan dengan perbuatan kita. Semasa kita diberi kekayaan dan kesenangan, kita lupa untuk bersedekah, lupa untuk berzakat, lupa untuk memberi kepada yang memerlukan. Kita sering bersenang-senang dengan makanan yang lazat-lazat , perhiasan yang mewah-mewah. Banyak kali kita berbelanja dngan cara yang melampau. Kita tidak beringat-ingat sebelum terkena. Hidup kita penuh dengan angan-angan yang menarik kita untuk mencari lebih banyak harta hingga kita menjadi rakus dan tamak. Harta yang banyak pula tidak menjadikan kita seorang yang pemurah sebaliknya menjadi seorang yang terlalu berkira dan kedekut untuk mengeluarkan sebahagian harta ke jalan Allah. Akhirnya kita semua ditimpa bahana oleh Allah. Kita perlu banyak bertaubat dan beristighfar. InsyaAllah satu masa nanti Allah akan memulihkan keadaan negara dan rakyat kita. Pada masa itu nanti janganlah kita menjadi orang yang PANJANG ANGAN-ANGAN DAN TERLALU MENGIKUT HAWA NAFSU. Amin...

Wednesday, June 11, 2008

Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda,"Umatku sentiasa baik selama tidak menjual amanat dan menggadaikan kejujuran."
Apa yang berlaku kepada kita sekarang di Malaysia ini adalah akibat daripada sikap pemimpin yang tak amanah dan selalu berbohong kepada rakyat. Mereka terlalu tamak dan mementingkan diri sendiri hingga tak kenal batas halal dan haram. Hilang rasa rendah diri dan qanaah(cukup apa yang ada). Timbul rasa ujub dan takbur kerana mereka memiliki kuasa dan wang yang terlalu banyak. Kesombongan mereka membawa padah yang lebih buruk apabila mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan ianya menggembira dan menyenangkan hati mereka .Halal atau tidak, pahala atau dosa tidak menjadi soal lagi. Yang penting ialah diri mereka.
Bagaimana dengan rakyat? Terutama yang berpendapatan rendah . Dah lah gaji rendah, anak ramai pulak.... . Dengan harga minyak yang melambung tinggi, sudah pasti ramai yang kekurangan duit perbelajaan. Apabila duit tak cukup, makan pun terpaksa dicatu kerana duit perlu dijimat untuk membayar harga pengangkutan, bil eletrik, bil air, bil telefon dll. Apabila duit tak cukup belanja sekolah anak juga mesti dikurangkan. Makanlah apa-apa yang murah. Mungkin berlaku penyakit seperti cirit-birit dsbnya kerana kurang zat dan vitamin. Apatah lagi terdapat pengusaha kantin yang juga cuba berjimat dengan menggunakan bahan-bahan yang kurang baik untuk sajian makanan di kantin-kantin . Apabila duit tak cukup, ramailah yang sakit kerana tak cukup duit hendak membeli ubat. Apabila duit tak cukup, ramailah yang akan masuk ke hospital kerajaan, jadi bersesak-sesaklah di wad-wad hospital. Katil hospital mungkin tidak mencukupi hingga terpaksa diletakkan tilam di bawah untuk pesakit-pesakit yang datang kemudian.
Apabila duit tak cukup, ramailah yang nekad untuk mencuri , meragut dan merompak. Bertambah banyaklah kes-kes jenayah yang boleh mengakibatkan maut. Keadaan akan bertambah huru-hara dan yang menjadi mangsa adalah rakyat.
Apa nak jadi pada negara kita? Apa akan terjadi pada generasi kita? Yang miskin akan bertambah miskin dan yang kaya akan bertambah kaya. KITA MESTI DAN BOLEH MENGUBAH KEADAAN INI. KITA PUNYAI KUASA UNTUK MENGUBAH, DENGAN IZIN ALLAH.